Wednesday 3 October 2012

Berapa bayaran untuk ke syurga??


Copy & paste… (By Facebook:Man Man’z)
Renung-renungkan kisah ini…
Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin
membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke
tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke
dalam, seorang lelaki penjaga tandas
menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah
dulu sebelum masuk.”
Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata
Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar
dari matanya.
Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai
orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk
dibayar, masuklah secara percuma.
Janganlah menangis kerana ini.”
Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai
pemuda, aku menangis bukan kerana aku
tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat
sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki,
bagaimana pula dengan syurga Allah?
Berapakah bayaran yang harus aku sediakan
untuk masuk ke dalamnya?”
Renungkanlah wahai hati2, semoga kita sampai ke makam itu…

No comments:

Post a Comment