Saturday 13 October 2012

Masih belum terlambat~


Assalamualaikum wbt~ ^^

Petang yg nyaman ini mendorong sy untuk mencoret sepatah dua kata untuk renungan bersama..Cewahh…Ehem2…Moga saja semuanya bermanfaat untuk diri n saudara saudari…InsyaALLAH~ (agak kekok berbahasa ibunda even xla ibunda sgt…hihi..)

Hari ni, sy nk bercakap ckit ttg sesuatu yg menenteramkan jiwa…Nk dgr2??hehe…Kalau anda gelisah buat apa??Kalau la ummat Rasulullah SAW bagi 1 jawapan yg sama……Kalau laaa…(sambil geleng2 kepala)…Tapiii, msti bnyk jenis jwpn kan??Hmmm…Antaranya, sy dgr lagu kuat2, sy menjerit sampai puas, sy g brlari smpai penat, sy tgk movie yg lawak2, sy hang out ng geng,sy main game smpai puas, sy ngadu kat gf/bf, sy bla bla bla n bla bla bla…Bnyk sgt jwpn yg lain2 kan??Kan3??WallahHua’lam…ALLAH lebih mengetahui~

Apa kata, kitaaaa semua try cara yg satu ni….(try this at home..hehe)…

BERZIKIR KEPADA ALLAH SWT…..

ALLAH SWT sendiri telah berfirman:
“Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram..”

Terdapat banyak ayat al-Quran, hadith & kisah2 ulama yg memberi galakan dan dorongan yg bersungguh2 ttg berzikir kepada Allah Azzawajalla…Then, tdak dpt dbygkan betapa bnyk nya keberkatan & nur yg terkandung dalam berzikir kepada Allah SWT…SubhanALLAH…Baiknya Allah kat kita…Bnyk sgt nikmat yg dia dh kurniakan kat kita…Bila kita nk appreciate DIA, DIA tmbh lgi nikmat tu…Alhamdulillah…Thank you Allah…=)))

Tiap saat yg berlalu d hari hidup kita ni, hargailah sebaiknya…Sy hamba yg pernah terleka ni, sgt2 menyesal tak gunakan 20 tahun kehidupan ni dgn baik…Dengan baik mcm mana??Sy lupa nk basahkan lidah sy ni dulu dgn zikrullah…Lalainya sy…(teresak2 smbil lap air mata)..Tapi ALLAH x pernah lupa kat hamba2NYA…Dia salu igtkan kita…Ingatkan kita mcm mana pulak??Terlalu banyak cara Dia nk igtkan kita…Antaranya, Dia temukan kita dgn kwn2 yg bleh tlg igtkan kita, Dia buat kita rasa sesuatu pengalaman yg jadi Tarbiyyah buat kita supaya kita sedar dan baaanyk lagi…
Dari itu, bila kita dh ada rasa sesuatu yg hilang tu, cepat2 la berusaha untuk kejar n kejar n kejar sebelum ‘sesuatu’ semakin hilang n yg plg menyedihkan, kita terus leka n alpa untuk mengecapi ‘sesuatu’ tu hgga tiba masanya, kita x dpt nk buat pa2 dh..Nau’zubillah hi min zalik…




Hazrat Mu’az bin Jabal r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Penghuni syurga tidak akan menyesal (dan tidak akan berdukacita mengenai saesuatu apapun) kecuali masa dunia yang telah berlalu tanpa zikrullah..” (HR: Tobarani)

Sedikit keterangan yg sy ambil dari Kitab Fadhilat Amal ttg hadis ni…Jom baca2…hehe..

Setelah memasuki syurga apabila ahli2 syurga menyaksikan ganjaran yang banyak seumpama gunung yang diperoleh oleh seseorg kerana sebutan nama Tuhan Yang Maha Suci maka jelas terbayang penyesalan yg tidak terhingga kerana kerugian yang ditanggung akibat kurang berusaha untuk berzikrullah..Namun demikian, terdapat juga hamba2 Allah yg bertuah yg tidak suka menghabiskan masa di dunia ini tanpa zikrullah…

Hafiz Ibnu Hajar ra. menulis dalam kitabnya ‘al-Munabbihat’ bahawa Yahya bin Mu’az ar-Razi ra sering berkata dalam munajatnya,
“Ya Allah, malam hari tidak enak kecuali dapat bermunajat denganMU..
Dan siang hari tidak enak kecuali dengan mentaatiMU..
Dan dunia ini tidak enak kecuali dengan menyebut namaMU..
Dan akhirat tidak enak kecuali dengan mendapat keampunanMU..
Dan syurga tidak enak kecuali dengan dapat menyaksikanMU..”

SubhanALLAH…Untuk yg kesekian kalinya, sy rasa sentap bila diperdengarkan kisah2 seumpama ini…Mula lah sy membandingkan diri dengan insan2 mulia seperti mereka…Malangnya, jauhhh sekali jika nk dibandingkan diri yg serba kekurangan ni…Tapiiii, sy punya azam yg mendorong sy berbuat sesuatu yg bermanfaat buat diri…Dan yg palinggg pntg, nk buat bekalan yg mencukupi untuk menghadap hari akhirat kelak…Kita memang x tahu kita masuk SYURGA atau NERAKA…Tapi sebagai hamba ALLAH swt, sebagai ummat Rasulullah saw dan sebagai manusia yg pernah menuturkan janji suatu masa dulu, sy berusaha sebaik2nya untuk mengikut jalan kembali yg sebetulnya…Masa lahir dulu sy mulakan dgn tangisan…Masa sy meninggalkan dunia ni plak, semoga sy akhiri dgn husnul khatimah…Amiinn~

“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) denganNYA dan Dia mengampuni dosa yang selain daripada syirik itu bagi sesiapa yang dikehendakiNYA..” (an-Nisa’:16)

“Dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNYA semata-mata..” (al-A’raf)

Dari itu, untuk menenteramkan diri dgn lebih mudah, tanpa memerlukan tubuh badan yg kuat untuk berlari, tanpa wang ringgit untuk topup, tanpa suara yg kuat sampai sakit tekak n pa2 ja yg memudaratkan, jom la sma2 kita basahkan lidah dengan zikrullah…Hanya perlukan iman dan hati yg teguh saja…Wallahhua’lam…Semoga ALLAH terima amal kebaikan kita…Amiinn..

*Buat sahabat ana Nurul Anisya binti Rebi, la tahzan…Jgn fikirkan sesuatu yg pasti akan terjawab sendiri persoalannya…Redha n ikhlaskan…The day will come to u…Uhibbukifillah ukhti…



**Buat sahabat2 ana yg lain, xkira sahabat zaman sekolah rendah, sekolah menengah, fom 6, zaman kolej ni n sahabat2 yg pernah hadir dalam hidup ana, ketahuilah, moments kita bersama owez ada dalam ingatan…Kita bertemu kerana ALLAH dan berpisah kerana ALLAH…Semoga kembali bertemu di syurga yg 
hakiki…Amiin ya Rabbal A’lamin~

Sekian corat coret untuk semua pada kali ini…
Wassalam~ (^_^)

No comments:

Post a Comment