Tuesday 12 February 2013

Hati kita macam mana?


Alhamdulillah~
Kekuatan untuk menghasil sebuah penulisan untuk dijadikan perkongsian masih berbaki…Maafkan sy, I’m sorry, asif jiddan kerana terlalu lama tidak meng’update’ blog ni…Mcm pekasam dh…huhu…Kemalasan yg menjadi2 mghalang untuk menaip sesuatu yg bermanfaat buat diri dan saudara-saudari sgt kuat…Astaghfirullah(shuhhh3!gaya halau setan…huhu)…padahal, itu kehendak sendiri…Untuk yg kesekian kalinya, astaghfirullah~ huhu…
Astaghfirullah hal ad’zim~
Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya, “Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada ALLAH SWT, sesungguhnya aku meminta ampun kepada ALLAH seratus kali setiap hari..” (Riwayat Muslim)
Kita istighfar berapa kali??Sekali?2 kali?10 kali?...Sikit sekali kita beristighfar…Sedangkan Rasulullah SAW yg dijanjikan syurga, yg maksum (bersih dari dosa), kekasih ALLAH SWT lgi beristighfar 100 kali sehari…Kita?(Mgkin kwn2 mgamalkannya dgn baik…lebih kepada peringatan untuk diri sendiri ni…huhu)…Sekali lagi, astaghfirullah~ Ampunilah dosa2 ku ya ALLAH~
Kita dihiburkan ALLAH pula dengan janjiNYA, “Dan pohonlah keampunan daripada ALLAH..Sesungguhnya ALLAH Maha Penyayang..”(Al-Nisa’)…SubhanAllah…Baiknya ALLAH kat kita…Alhamdulillah~
Bukan nk cakap pasal istighfar hari ni…Tu juz nk igtkan diri je…hihi ^_^
Hari ni nak ceta pasal ‘hati’…Hati??(garu2 kepala)…Hati ni, kalau budak medic atau separa medic cakap liver…Kan sahabat2 ana yg bakal jdi nurse muslimah?(sambil kenyit2 mata..hehe)…
Tapi, kalau tengok dari aspek lainnya, ‘hati’ ni sgt luas…Kalau sy, nk hati yg macammm niii~
ALLAH SWT berpesan, “Iaitu orang yang beriman dan tenteram HATI mereka dengan zikrullah.Ketahuilah!Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah HATI manusia..”(Ar-Ra’d 13:28)..
“Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam HATI orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada).Dan milik ALLAHlah bala tentera langit dan bumi dan ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana..”(Al-Fath:4)…
Sy nk HATI yg tenang, damai, tenteram n apa2 yg sma wktu dgnnnya laa…Tak nak la ‘liver cirrhosis,hepatitis A, hepatitis B, hepatitis C’ n apa2 penyakit hati laa…Oppsss…Untuk yg tak/belum belajar ilmu perubatan, senarai tu, untuk penyakit hati yg boleh berlaku kat manusia dengan penyebabnya tersendiri…huhu…Nau’ubillah hi min zalik~ (Nasihat sy sbgai student nurse, jga la pemakanan anda..hihi)…
Haaa…Yg tu untuk penyakit yg boleh di diagnos doktor2 kat hospital…Yg penyakit HATI yg doctor pun tak boleh rawat pulak lain lagi…Siapa tahu angkat tgn!!..hehe…
Hasad dengki, riyak, takbur, u’jub dan tidak bersyukur…Ini antara penyakit HATI yg doctor pakar di dunia ni sekalipun takkan mampu merawatnya…Nau’zubillah..Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang yg ‘berpenyakit’ hati tersebut…Aamiin~
“Perbuatan bermegah-megahan dan berlumba-lumba telah melalaikan kamu..”(Al-Takathur:1)
“Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, (tidak bersyukur) kepada Tuhannya..”(Al-‘Adiyat:6)
“Yang berbuat riyak..”(Al-Ma’un)
“Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela…”(Al-Humazah:1)
Inilah di antara teguran-teguran ALLAH dalam al-kitab suci kita, Al-Quran Al-Karim…(sob2…huhu)…Semoga kita terhindar dari perkara2 yg boleh merosak iman dan HATI kita…Sungguh!Doktor pun tak dapat merawat…Namun, kita sendiri boleh menjadi doctor untuk HATI kita sendiri…Kita sendiri yg boleh jadi pendidik kepada HATI kita sendiri…InsyaALLAH dan ALLAH sentiasa meredhai amal kebaikan yang ikhlas semata2 kerana ALLAH…Wallahhua’lam bis sawwab~
Didiklah hati dengan zikrullah~
Didiklah hati dengan menjaga pandangan~
Didiklah hati dengan berpuasa~
Didiklah hati dengan meletak ALLAH dan Rasul sebagai ‘raja’ di hati…
InsyaALLAH hati yg setebal mana pun karatnya, akan terhakis jua…Sesungguhnya, ALLAHlah yg Maha Pemberi hidayah~
P/s: Jika ada salah dan silap, harap dimaafkan dan di’kritik’ secara halus…Yang baik semestinya dari ALLAH dan yg kurang dari silap sy sendiri…=)
Muhasabah untuk diri dan untuk yg sudi dikongsi…Papaiii…Assalam wbt..^_^